Devil May Cry 5 Wujud Kerana Permintaan Peminat – Capcom

DmC: Devil May Cry adalah usaha Capcom untuk mengembalikan genre hack-and-slash tapi tak begitu berjaya jadi mereka fokuskan kepada Devil May Cry 5.

Pengarah Pemasaran Capcom Eropah, Antoine Molant mengatakan:

“Permainan yang lepas (DmC) adalah sangat baik tapi ada yang tak menyukai kerana bukan sekuel ataupun perkara lain. Disebabkan itu, unit kami berkumpul dan ditanya: ‘Ke mana hala tuju kita selepas ini?” dan kami tahun komuniti inginkan Devil May Cry 5 lebih dekat dengan 1,2 dan 3. Jadi begitulah lahirnya projek ini,”

 

Ketua Pegawai Operasi, Stuart Turner pula menambah:

“Adil lah kalau kami fokuskan kepada kehendak peminat. Kita dah nampak macam mana akibatnya pada publisher yang tak mengikut kehendak peminat. Kami ingin berikan sesuatu kepada mereka, sokong mereka tapi ia perlulah masuk akal. Jadi kami buat dengan bersebab (untuk puaskan hati peminat),”

 

Molant mengakhiri:

“Projek ini takkan pernah berjaya kalau ia tiada nilai pasaran. Kami jarang mempunyai jangkaan pada permainan kami tapi Devil May Cry 5 ini akan memuaskan hati ramai peminat,”

Devil May Cry 5 akan dilancarkan pada musim bunga 2019 (bermula Mac) di PlayStation 4, Xbox One dan PC.

 

 

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+