Devil May Cry: Pinnacle of Combat Adalah Game Devil May Cry Versi Mobile Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Teringin nak main Devil May Cry di telefon pintar? Kini, mimpi korang jadi realiti.

Devil May Cry: Pinnacle of Combat adalah game mobile dibangunkan oleh pembangun dari China, Yunchang Game yang telah diumumkan pada tahun 2017. Kini, pembangun telah mengeluarkan beberapa info baru untuk game mobile yang turut mendapat sokongan daripada pembangun asal, Capcom.

Devil May Cry: Pinnacle of Combat dibangunkan menggunakan enjin Unity 3D dan pembangun telah bekerja keras untuk mengolah gameplay kombat dan kombo yang membuatkan Devil May Cry terkenal.

Yunchang Game berharap game mobile ini dapat memberikan pengalaman Devil May Cry sebenar dalam versi mobile iaitu mempamerkan gabungan kombo yang membolehkan pemain bertukar-tukar senjata semasa bertempur dan kamera bukan statik yang mengikuti pemain seperti dipamerkan dalam Devil May Cry 5.

Versi mobile ini juga akan ada pertempuran berkumpulan dan PvP secara langsung. Selain Dante, karakter lain seperti Vergil, Lady dan ramai lagi akan turut muncul dalam game ini.

Devil May Cry: Pinnacle of Combat akan memasuki fasa beta di China untuk Android dan iOS dalam jangka masa tahun 2019. Buat masa sekarang, tiada pengumuman dibuat untuk game mobile ini akan diterjemahkan ke dalam bahasa lain dan dilancarkan di pelbagai rantau.

Sumber gambar: Wanuxi

RELATED NEWS

+