Diablo Immortal – pra-pendaftaran kini dibuka, banyak perubahan baru

Blizzard Entertainment baru-baru ini mengumumkan kemaskini terbaru mengenai Diablo Immortal yang akan datang melalui dua catatan blog.

Melalui blog pertama, mereka menyatakan beberapa kosmetik menarik yang Immortal akan sediakan kepada pemain untuk menyesuaikan dan mencantikkan watak.

Mereka juga berkongsi butiran tentang ciri baharu yang akan ditambah pada permainan selepas pelancaran yang membenarkan pemain menukar kelas tanpa perlu mencipta semula watak baharu.

Anda boleh membaca blog di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Melalui blog kedua pula, mereka menyatakan pra-pendaftaran bagi Android, iOS dan iPadOS sudah pun dibuka hari ini di DiabloImmortal.com.

Tahun ini, mereka mahu mencapai 30 juta pra-pendaftaran di iOS, iPadOS dan Android sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada akhir tahun.

Berita kurang baik buat peminat, tarikh pelancaran Diablo Immortal pada 30 Jun bukanlah tarikh pelancaran rasmi,  ia hanyalah tarikh sasaran mereka semasa membangunkan permainan mudah alih itu. 

Anda juga boleh melayari gamespress untuk semua info berkaitan Immortal.

Foto: Dexerto

RELATED NEWS

+