Hi-Fi RUSH kini dilancarkan untuk PlayStation 5

Permainan video aksi berirama, Hi-Fi RUSH kini tersedia untuk pelantar PlayStation 5. 

Sebelum ini, Hi-Fi RUSH mendapat 20 skor sempurna daripada pengkritik di platform Xbox Series S|X dan PC serta ditampilkan dalam lebih 50 senarai “Terbaik 2023”.

Kini pemain boleh mengikuti perjalanan bintang rock muda, Chai dan sekumpulan budak nakal yang berjuang menentang sebuah syarikat robotik megalomania di dunia yang melihat semua aksi diselenggarakan mengikut rentak.

Setiap serangan, tangkisan, mengelak, melompat dan banyak lagi disegerakkan secara automatik mengikut muzik, membolehkan cara main yang bukan sahaja mendebarkan tetapi juga sangat memuaskan.

Gerakan pemain tidak dikawal oleh muzik seperti dalam permainan irama tradisional — pemain mempunyai kebebasan seperti permainan aksi penuh. Namun, memasukkan gerakan anda mengikut rentak akan mengukuhkan serangan pemain bersama dengan muzik.

Menampilkan lagu berlesen daripada kumpulan rock ikonik termasuk Nine Inch Nails dan The Black Keys, Hi-Fi RUSH kini tersedia pada Xbox Series X|S, PlayStation 5 dan PC dengan Xbox Game Pass serta melalui Microsoft Store, Steam dan Epic Games Store. Untuk melihat semua butiran, sila layari Bethesda.net.

RELATED NEWS

+