Diggie Feeder: Mengapa meta ini menjengkelkan para jungler

Istilah Diggie Feeder ini adalah salah satu meta yang tidak asing lagi digunakan di arena e-sukan Mobile Legends Indonesia dan Malaysia. Ia kerap digunakan oleh EVOS Legends pada musim lalu untuk mematahkan semangat pasukan lawan. Baru-baru ini juga RSG Malaysia menggunakannya ketika bertemu dengan pasukan EBLZ.

Meta ini dianggap sangat menjengkelkan oleh kerana Diggie akan menganggu hyper / jungler dari mendapatkan buff mereka dengan selesa tanpa sebarang gangguan. Diggie akan ditugas untuk spam skill dan cuba merampas apa jua raksasa yang sedang ditumbangkan oleh pihak lawan.

Pemain itu perlu mengikuti pasukan lawan untuk tidak memberikan mereka ruang untuk recall balik ke base dan harus berjalan kaki ke tempat yang selamat sekali gus melambatkan proses farming mereka sementara hyper / jungler dari pihak Diggie akan mempunyai kelebihan untuk farming tanpa kerisauan.

Faktor penting yang boleh menyebabkan ia diwujudkan sebagai meta kerana selepas Diggie dibunuh oleh pihak lawan, ia akan muncul di tempat kematian sebagai egg form untuk melakukan pusingan yang tidak memberikan banyak damage akan tetapi dapat menyekat sebarang healing dan recall pihak musuh. Selain itu, Diggie juga bebas bergerak di mana sahaja beliau ingin pergi selepas mati.

Auto alam bomb dan reverse time cukup untuk memberikan damage yang tinggi pada saat awal permainan untuk menurunkan HP pihak lawan. Apabila sudah tiba fasa mid game, Diggie akan bersama rakannya untuk melakukan rotasi seperti biasa.

Pernahkah anda semua mencuba meta ini? Ianya sangat menyakitkan hati pihak lawan dan boleh menyebabkan kemerosotan moral dan memberikan pasukan anda kelebihan untuk memenangi perlawanan. Selamat mencuba!

RELATED NEWS

+