Din “Jumper” dah kahwin

Pemain profesional PUBG Mobile tanah air iaitu Muhammad Izzrudin Hashim atau lebih dikenali sebagai Jumper kini sudah mendirikan masjid bersama insan tercinta.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di laman facebook OnTheGo semalam.

OTG juga meluahkan rasa gembiranya terhadap berita ini dan dia mengakui Jumper adalah seorang yang menjaga ibu dan arwah ayahnya dengan baik.

Oleh itu, dia yakin Jumper mampu untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Jumper, semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Foto: OnTheGo Productions

RELATED NEWS

+