Epic Games menang: Mahkamah tetapkan Google mempunyai monopoli secara haram dalam App Store mereka

Tiga tahun selepas pencipta Fortnite, Epic Games menyaman Apple dan Google kerana mengunakan monopoli secara haram di App Store mereka.

Epic kini menang dan mengatakan Google menukarkan aplikasi Google Play dan servis Google Play Billing kepada monopoli haram.

Juri mengatakan Google mempunyai kuasa monopoli untuk aplikasi pengedaran pasaran Android dan servis pembayaran.

Google juga sudah melakukan banyak perkara yang menghalang daya saing dan Epic terkena dalam keputusan yang dibuat oleh Google.

“Keputusan hari ini adalah kemenangan untuk kesemua pembangun aplikasi dan pengguna seluruh dunia. Ini membuktikan amalan aplikasi stor Google adalah haram dan penyalahgunaan monopoli dengan mengenakan yuran mahal, menyekat daya saing dan mengurangkan inovasi,” ujar wakil Epic Games.

Kes ini jadi berlainan apabila Google membuat perjanjian rahsia dengan pencipta telefon mudah alih dan pembangun permainan video terkemuka.

Perjanjian ini direka untuk memastikan saingan tidak boleh berlawan.

Setakat ini masih belum ada apa-apa makluman mengenai kemenangan Epic; kerana Epic tidak meminta menyaman dalam bentuk bayaran.

Tim Sweeney (Ketua Pegawai Esekutif Epic Games) mengatakan Epic berkemungkinan akan untung ratusan juta dollar atau bilion dollar jika tidak disebabkan bayaran yang dikenakan Google.

Anda boleh baca kes lanjut ini dalam fail mahkamah ini.

RELATED NEWS

+