Wild Rift kini mencatatkan pendapatan AS$500 juta

Laporan terbaru daripada firma Sensor Tower menunjukkan League of Legends: Wild Rift kini mencatatkan pendapatan sebanyak AS$500 juta (RM2.22 billion) sejak dilancarkan pada 2020.

Permainan mudah alih itu pada mulanya dilancarkan oleh Riot pada tahun 2020.

Pemain di China adalah penyumbang terbesar dalam hasil iaitu sebanyak 72% pada angka AS$346.6 juta di Apple App Store sejak dilancarkan di negara itu pada Oktober lalu.

App Store adalah platform di mana pemain banyak berbelanja yang mana sebanyak AS$452.2 dicatatkan secara keseluruhan.

Di Google PlayStore pula, hanya AS$80 juta atau sebanyak 16%. 

Permainan Riot yang lain, TeamFight Tactics dan Legends of Runeterra juga mencatatkan hasil lebih AS$300 juta (digabungkan).

Sumber rujukan: Gamesindustry.biz

RELATED NEWS

+