DLC Final Fantasy XV Yang Dibatalkan Akan Disambung Dalam Bentuk Novel Pula

Masa depan Final Fantasy XV masih menjadi tanda tanya apabila Square Enix dah pun membatalkan kebanyakan daripada DLC permainan video itu. 

Tapi nampaknya harapan peminat tak hanya terhenti di situ untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya. Square bercadang untuk mengeluarkan novel The Dawn of the Future yang akan menyambung kepada Episode Ardyn yang terkandung cliffhanger

Novel ini akan dipasarkan dan diterbitkan di Jepun pada 25 April, sebulan selepas keluarnya Episod Ardyn. 

Square juga mempunyai perancangan untuk menjual novel ini ke pasaran global tapi tarikhnya masih belum diumumkan.

The Dawn of Future adalah sebahagian dari Celebration Box yang juga mengandungi Episode Ardyn dalam bentuk Blu-ray, Art booklet dan lain-lain. Ia berharga 4,860 yen (kira-kira RM180).

Sumber: Engadget, Resetera

RELATED NEWS

+