DOTA 2: Juara TI8, OG Layak Ke Bucharest Minor

Bucharest Minor pada Januari adalah tiket terakhir untuk melayakkan diri ke Chongqing Major!

Selepas The International 8 berakhir, OG macam lost momentum sedikit. Mungkin kerana sudah bergelar jutawan dunia, kompetitif diketepikan buat seketika lagi-lagi apabila Ana keluar daripada organisasi itu baru-baru ini.

OG tewas di tangan Alliance ketika kelayakan Eropah untuk Chongqing Major tapi mereka layak ke Bucharest Minor selepas memenangi kelayakan sama baru-baru ini. Apa maknanya? Ini bermakna mereka ada lagi peluang untuk ke Chongqing dengan memenangi Bucharest.

Kehilangan Ana menyebabkan OG terpaksa mengambil Per Anders ‘Pajkatt’ Olsson tapi dia juga tak dapat bermain kerana sakit dan diganti dengan Igor ‘iLTW’ Filatov yang menjadi stand-in. Walaupun dengan stand-in, OG nampaknya tak henti mengganas dan berjaya membolot slot ke Minor.

 

NiP pula jatuh ke lower bracket dan mempunyai peluang ke Minor selepas menewaskan Vega Squadron. 

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+