DOTA 2: Ninjas In Pyjamas, Skuad Kendalian PPD Menerima Jemputan Terus Ke ESL One Hamburg

Sekarang sedang hangat dalam industri apabila The Kuala Lumpur Major dalam proses pusingan kelayakan. 

Tak ada agin tak ada ribut, tiba-tiba ESL One Hamburg mengumumkan Ninjas in Pyjamas jemputan terus (direct invite) ke pertandingan itu. Sekarang dah ada 5 pasukan yang menerima jemputan, dengan 3 lagi akan diumumkan kemudian – 4 lagi pasukan pula akan melalui kelayakan dari setiap region.

NiP memang dah lama dikenali dalam Dota 2 tapi tak mencatatkan kejayaan sepanjang berada dalam industri. Pada 15 September pula, mereka umumkan untuk perkenalkan roster baru dengan Peter ‘ppd’ Dager sebagai kapten. Selepas OpTic Gaming yang tak berjaya untuk mara jauh dalam the International 2018, dia mengambil peluang untuk mencuba nasib di bawah NiP pula. Ini adalah senarai penuh skuad:

– Marcus ‘Ace’ Hoelgaard
– Adrian ‘Fata’ Trinks
– Neta ‘33’ Shapira
– Martin ‘Saksa’ Sazdov
– Peter ‘ppd’ Dager

ESL One Hamburg bukanlah acara yang termasuk dalam musim DPC tapi ia akan berlangsung pada 23 Oktober hingga 28 Oktober di Barclaycard Arena, Hamburg, Jerman.

Ini adalah format baru bagi tournament ini:

– Group Stage membahagikan 2 group dengan 6 pasukan setiap satunya.

– Dua siri menerusi Group Stage.

– 10 perlawanan Group Stage untuk setiap pasukan.

– Double elimination untuk bracket playoff.

– 4 pasukan Upper Bracket/4 pasukan Lower Bracket

– Best-of-three untuk perlawanan playoff dan Best-of-five Grand Final

Ini pula senarai pasukan yang sah ke ESL One Hamburg:

1. Virtus.pro

2, Evil Geniuses

3. Team Secret

4. Mineski

5. Ninjas in Pyjamas

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+