melaporkan Mushi menyertai Tigers sebagai posisi carry, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahjit. Satu lagi posisi mid juga kosong selepas Muhammad “InYourDream” Rizky membawa haluan sendiri dan tak lagi bersama Tigers."> melaporkan Mushi menyertai Tigers sebagai posisi carry, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahjit. Satu lagi posisi mid juga kosong selepas Muhammad “InYourDream” Rizky membawa haluan sendiri dan tak lagi bersama Tigers." /> melaporkan Mushi menyertai Tigers sebagai posisi carry, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahjit. Satu lagi posisi mid juga kosong selepas Muhammad “InYourDream” Rizky membawa haluan sendiri dan tak lagi bersama Tigers." />

DOTA 2: [RASMI] Pemain Lagenda, Dendi Sertai Tigers

Sebelum ini kami melaporkan Mushi menyertai Tigers sebagai posisi carry, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahjit. Satu lagi posisi mid juga kosong selepas Muhammad “InYourDream” Rizky membawa haluan sendiri dan tak lagi bersama Tigers.

Hari ini, skuad Dota 2 Asia Tenggara itu umumkan Danil “Dendi” Ishutin sebagai pemain kelima yang mengisi posisi mid! Selepas 5 bulan tidak aktif dan menjadi free agent, akhirnya Dendi kembali ke arena kompetitif Dota 2. Menariknya, ini adalah kali pertama Dendi aktif sebagai pemain profesional di luar Navi’ kerana sepanjang kariernya, Dendi hanya bermain di bawah pasukan Navi’ sejak 2010 (kira-kira 8 tahun).

Kembara Dendi bersama Navi sejak beberapa tahun lepas tak membawa tuah untuk pemain berusia 29 tahun ini. Pada 2017, Navi’ gagal melayakkan diri ke The International  untuk pertama kalinya dan pada 2018, mereka berada di kedudukan ke-13 untuk ranking Dota Pro Circuit dan gagal melepasi pusingan kelayakan peringkat CIS untuk The International 2018.

Pastinya Dendi akan membuka lembaran baru bersama Tigers. Gandingannya dengan Mushi menunjukkan bagaimana pemain-pemain veteran ini akan membentuk skuad Tigers untuk menyinar dalam kejohanan DPC akan datang. Ini adalah sangat menarik kerana buat pertama kali juga Dendi bermain di Asia Tenggara dan bakal menunjukkan kemahirannya bersama pemain Asia Tenggara lain. Bagaimana Dendi boleh fit in? Kita tunggu dan lihat!

Roster Tigers:

Chai Yee Fung (Mushi) – Carry

Danil Ishutin (Dendi) – Mid

David Tan (Moonmeander) – Offlaner

Kenny Deo (Xepher) – Support

Sivatheeban Sivanathapillai (1437) – Support *Captain

RELATED NEWS

+