DOTA 2: rOtK Didenda RM60,000 Kerana Bertaruh – Vici Gaming Ban Beliau Dari Streaming

Sebab tak padamkan kamera dan mikrofon, jurulatih Vici Gaming, Bai “rOtK” Fan diundang padah!

Ketika situasi itu terjadi, rOtK sedang bercakap dengan seseorang di dalam bilik tentang berapa banyak dia rugi kerana bertaruh untuk Megafon Winer Clash lower bracket finals antara PSG.LGD lawan Navi.

Dalam strim, ada perbualan ringkas mengatakan rOtK mempertaruhkan sejumlah wang dan rugi sebanyak 7,000 Dollar. Ini adalah terjemahan untuk perbualan itu.

00:01 – 00:02 Rotk: Saya nak ke dining room untuk makan.

00:07 – 00:08 Rotk: LGD adalah sekumpulan bas*ards

00:10 – 00:12 Rotk: Mereka sangat mengecewakan saya

00:13 Rotk: Son of a b*tch

00:14 – 00:17 Rotk: Saya menang kira-kira ¥50,000

00:19 – 00:20 Rotk: Dan hilang segalanya, terima kasih kepada mereka

00:22 – 00:25 XXX: Banyak tu! Berapa yang kau bertaruh?

00:27 – 00:28 Rotk: ¥ 20-30 ribu setiap perlawanan

00:30 XXX: Berapa perlawanan yang kau bertaruh?

00:31 Rotk: Ada beberapa

00:34 XXX: Damn

00:35 Rotk: LGD are bas*ards

00:36 -00:37 Rotk: Macam mana mereka kalah dengan Navi?

00:41- 00:43 XXX: Saya rasa disebabkan bad draft, tak faham macam mana mereka main.

Walaupun komuniti Dota 2 tak pernah diberikan garis panduan bagi mereka yang berada dalam arena profesional, pada tahun 2016 Valve memberi amaran kepada semua profesional CS:GO. Tak kiralah pemain, jurulatih atau pengurus, mereka diharamkan dari bertaruh untuk perlawanan profesional, walaupun pasukan mereka tak bertanding di dalamnya.

“Pemain profesional, pasukan, dan sesiapa yang terlibat dalam production untuk acara CS:GO, tak sesekali dibenarkan bertaruh atas perlawanan CS:GO, berkomplot dengan penjudi CS:GO atau menyampaikan maklumat kepada orang lain untuk mempengaruhi pertaruhan CS:GO.

Dalam kes rOtK, informasi dari ‘orang dalam’ akan berikan kelebihan tak adil kerana semua info didapati dari scrims Vici Gaming. 

rOtK mengaku tak bersalah selepas strim miliknya tular dan memberi kenyataan balas di laman Weibo. Dia tak mengaku bertaruh sebaliknya hanya memberi nasihat.

Mengenai strim saya pada 10 Disember – rOtK

“Semuanya bermula apabila seorang kawan rapat tanya untuk nasihat dalam pertaruhan. Saya rasa LGD dalam form yang bagus tapi dia tetap tanya kalau nasihat ini boleh pakai ke tidak. Jadi saya cakap “percaya aku, kalau kau kalah, aku akan ganti separuh.” Tapi secara peribadinya, saya tak pernah bertaruh. Saya dapat duit yang banyak untuk terus hidup dan tak perlu benda macam ni untuk jatuhkan reputasi,

“Saya kenal pemain LGD untuk masa yang lama. Kalau kami jumpa, saya akan panggil mereka dengan perkataan carutan. Ia adalah normal. Saya mungkin banyak mencarut tapi bukan untuk hina mereka.

“Saya agak outspoken dan kenyataan saya boleh disalahertikan kepada mereka yang tak berapa mengenali saya. Kata-kata saya bagi reaksi negatif jadi saya nak minta maaf kepada semua peminat Dota 2,” kata beliau.

Valve tak memberi komen apa-apa tapi Vici Gaming memberi amaran dengan mengharamkan beliau dari streaming dan mendenda sebanyak 14,500 Dollar.

“rOtK gagal menunjukkan sikap professional dan imej positif kepada umum. Kami tak akan sesekali bertolak ansur dengan kelakuan seperti ini dan penggunaan kata-kata kesat,” – kenyataan rasmi Vici Gaming.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+