DOTA2: Dua Anak Malaysia, MidOne Sertai OG Dan vtFaded Bersama Cloud9

Hari ini adalah pengumuman yang besar buat dua anak Malaysia, Yeik Nai Zheng (MidOne) dan Cheng Jia Hao (vtFaded), masing-masing menyertai organisasi e-sukan ternama OG dan juga Cloud 9.

Berita ini diumumkan semalam di Twitter OG yang mana menyaksikan MidOne melengkapkan roster OG bersama dengan Saksa selepas SumaiL diumumkan menyertai ketika tayangan perdana True Sight 2019 di Berlin, Jerman, dua hari lepas.

Lineup penuh OG mengikut sumber dari laman web OG:

1. Sumail “SumaiL” Hassan (carry)

2. Topias “Topson” Taavitsainen (midlaner)

3. Yeik “MidOne” Nai Zheng (offlaner)

4. Martin “Saksa” Sazdov (support)

5. Johan “N0tail” Sundstein (support)

Nampaknya MidOne akan memegang peranan sebagai offlaner, sesuatu yang baru buat beliau kerana sebelum ini MidOne adalah posisi 1/2 di Team Secret.

Sebelum ini, MidOne sudah 3 tahun bersama Secret dan menyumbangkan beberapa kemenangan besar di Major Valve selain mendapat tempat keempat di The International tahun lalu. 

Sementara itu, bekas pemain Chaos Esports Club yang juga anak Malaysia, vtFaded kini selesa bersama Cloud 9.

Sudah dua tahun Cloud 9 tidak aktif dalam arena kompetitif Dota 2 dan kali ini mereka nampaknya bersemangat untuk buat comeback.

Lineup penuh Cloud 9:

1. Andrei “Skem” Ong

2. Cheng “vtFaded” Jia Hao

3. Rasmus “MISERY” Filipsen

4. Francis “FLee” Lee

5. Johan “pieliedie” Åström

Nampaknya MISERY akan sekali lagi mengetuai skuad, seperti yang beliau lakukan untuk mana-mana skuad dikendalikan sebelum ini. Faded akan bermain di samping pemain Filipina, Skem yang juga pernah menyertai Geek Fam.

FLee bukanlah pendatang baru kerana pernah menyertai The Kuala Lumpur Major bersama PaiN X dan siapa tidak kenal pieliedia yang pernah bersama Fnatic.

vtFaded pernah bermain bersama pasukan China, EHOME dan bertanding di MDL Chengdu Major. Antara pencapaian terbaik beliau ialah bertanding di The International 2019 bersama Chaos EC namun tewas di peringkat kumpulan.

RELATED NEWS

+