DOTA2: Fata Berganding Dengan Nikobaby, Handsken, Limmp Dan 33 – Tubuhkan Skuad Baru

Fasa pertukaran roster selepas The International 2019 bakal berakhir tak lama lagi dan kali ini, Adrian “Fata” Trinks mengumumkan akan tubuhkan pasukan baru yang mana beliau akan menjadi kapten selain memegang peranan posisi 5, satu keputusan tidak pernah dibuat dalam kariernya sebelum ini.

Neta “33” Shapira mengikuti jejak langkah Fata, yang mana sebelum ini mereka main bersama dalam pasukan Ninjas in Pyjamas. Nampaknya, PPD perlu mencari pengganti bagi kedua-dua pemain berbakat ini.

Selain itu ahli Complexity, Linus “Limmp” Blomdin juga menyertai sebagai posisi kedua dan Simon “Handsken” Haag dari The Final Tribe turut serta. Carry berbakat dari Mineski, Nikolay “Nikobaby” Nikolov adalah pelengkap roster kali ini.

Sungguhpun ahli telah lengkap, namun pasukan baru ini tidak lagi mempunyai nama atau bernaung di bawah mana-mana organisasi. Apa yang pasti, mereka pastinya akan bermain di bawah rantau Eropah kerana kebanyakan pemain adalah di bawah rantau itu.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Foto: ESL

RELATED NEWS

+