DOTA2: Fnatic Layak Ke EPICENTER Major Di Moscow, Russia

Selepas mengharungi best of 5 yang begitu sengit ke atas skuad gabungan Malaysia, Singapura dan Australia, Fnatic berjaya merebut slot ke-2 untuk Asia Tenggara bagi kejohanan EPICENTER Major di Russia yang mempertandingkan hadiah wang tunai terkumpul USD$1 juta.

Mereka menewaskan Power of MYSG + AU 3-2 yang menyaksikan skuad itu memenangi perlawanan terakhir dengan penuh bergaya hasil draft lebih strategik memfokuskan Necromancer sebagai tank dan Queen of Pain serta Drow menjadi damage dealer.

Skuad Power of MYSG + AU adalah gabungan Malaysia, Singapura dan Australia. Tiga pemain Malaysia iaitu WinTeR (Chan Litt Binn), vtFaded (Cheng Jia Hao) dan NothingToSay (Cheng Jin Xiang) disertai seorang pemain Australia, Velo (Kim Tae-sung) dan Poloson (Wilson Koh Chin Wei) dari Singapura.

Mereka adalah underdog bagi pusingan kelayakan kali ini apabila berjaya menewaskan Boom ID dan Geek Fam sebelum bertemu Fnatic.

Di atas kejayaan ini, Fnatic bersama pemenang slot pertama, TNC akan terbang ke Moscow, Russia pada Jun depan untuk merebut prizepool USD$1 juta dan 15,000 mata Dota Pro Circuit (DPC).

Kami dari MyGameOn mengucapkan tahniah kepada Fnatic!

Artikel berkaitan: Skuad dianggotai 3 anak Malaysia hampir ke Epicenter Major

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Gambar featured image: Fnatic Dota

RELATED NEWS

+