DOTA2: Ini Dia 12 Pasukan Yang Menerima Direct Invite Ke The International 2019

Hampir setahun juga Dota Pro Circuit 2018-2019 berlangsung dan ia menyaksikan begitu banyak pasukan bertarung untuk mendapat slot 12 teratas. Sebab apa? Sebab hanya 12 teratas ini saja yang layak mendapat jemputan terus ke kejohanan kemuncak Dota 2, The International 2019!

Hari ini, kesemua pasukan itu sudah pun finalized dan mereka adalah:

  • Team Secret (14,400 mata)
  • Virtus.Pro (13,500 mata)
  • Vici Gaming (11,250 mata)
  • Evil Geniuses (6,825 mata)
  • Team Liquid (5,820 mata)
  • PSG.LGD (5,040 mata)
  • Fnatic (2,880 mata)
  • Ninjas in Pyjamas (2,620 mata)
  • TNC Predator (2,046 mata)
  • OG (1,218 mata)
  • Alliance (1,179 mata)
  • Keen Gaming (1,140 mata)

Semalam, Epicenter Major yang juga kejohanan terakhir dalam DPC ini sudah pun berakhir, menyaksikan Vici Gaming meraih gelaran juara dan menumpaskan juara bertahan, Team Liquid.

The International 2019 adalah kejohanan berprestij Dota 2 yang diadakan setiap tahun. Setakat artikel ini ditulis, USD25 juta (RM103 juta). 

Ia mengumpulkan 18 pasukan yang akan bertarung pada 20 Ogos – 25 Ogos ini dan pusingan kelayakan terbuka akan dibuat bermula 3 Julai – 6 Julai.

Pusingan kelayakan peringkat serantau pula pada 7 Julai  14 Julai ini membabitkan rantau Asia Tenggara, benua Amerika Utara, benua Amerika Selatan, China, Eropah dan Negara Bebas Komanwel (CIS).

RELATED NEWS

+