DOTA2: “Kontrak Mereka Hanya Untuk The International 9” – CEO Newbee

Peristiwa Forward Gaming ditutup dan bekas pemain-pemainnya yang kini bermain bersama Newbee banyak menimbulkan tanda tanya. Ada yang mempersoalkan bagaimana nasib roster sedia ada dari China dan ada juga yang bertanya kenapa Newbee mengambil bekas pemain Forward Gaming ini.

Namun, persoalan terjawab apabila CEO Newbee, CuZn memberikan kenyataan balas menerusi Twitlonger. Katanya, lineup yang asal sebenarnya berada dalam situasi genting apabila ada organisasi lain ingin membeli mereka.

“Apabila kami membentuk roster pada awal musim ini, lineup asal ini dikejar oleh kelab-kelab lain. Ada organisasi yang membina reputasi dalam e-sukan lain cuba untuk melabur banyak wang dalam Dota dan mereka menawarkan gaji yang tinggi untuk dapatkan pemain kami.

“Disebabkan ini, kami terpaksa untuk berbelanja tiga kali ganda untuk mengekalkan pemain kami. Kami juga cuba mendapatkan pemain dari organisasi lain tapi mereka tak available. Kami juga masih belum terima kesemua bayaran daripada pemindahan pemain terbaik kami,” katanya dalam kenyataan itu.

CuZn menambah, bekas pemain Forward Gaming bermain sebagai Newbee dan bukan atas nama lain kerana tidak mempunyai masa cukup untuk cipta logo baru, banner pasukan, jersi dan macam-macam lagi sebelum TI. Malah, katanya Newbee sasar untuk menjadi organisasi antarabangsa seperti Liquid atau Fnatic.

“Sebagai contoh, Fnatic berpangkalan di Eropah tapi mempunyai skuad Dota di Asia Tenggara. Kami berharap dapat jadi organisasi antarabangsa bukan saja untuk Dota tapi divisi lain juga. Baru-baru ini, kami menandatangani skuad baru untuk Starcraft dan Warcraft,”

Beliau mengakhiri twit tersebut dengan mengatakan skuad ex-Forward Gaming ini hanyalah bermain untuk TI9 dan selepas itu, mereka akan berbincang untuk potensi memperbaharukan kontrak.

“Skuad Dota bertanding dalam kelayakan China tak akan bermain lagi untuk mana-mana pertandingan sebelum tamat musim ini dan mereka akan mengalami pertukaran roster. Di TI9, Newbee mewakili Amerika Utara dan roster ini mungkin tak ada kaitan dengan lineup skuad China.

“Terima kasih kepada peminat dan penaja kerana sokongan berterusan kepada kami!,” akhirnya.

Artikel berkaitan: Bekas pemain Forward Gaming bersama Newbee

Gambar featured image: GosuGamers

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+