DOTA2: Matumbaman Tidak Lagi Bermain Bersama Team Liquid

Team Liquid antara skuad Dota 2 terkemuka dunia apabila memenangi The International 2017 dan menjuarai kejohanan Epicenter di Russia beberapa kali. Tapi untuk persedia menghadapi TI9 di Shanghai, China nanti, mereka berdepan kesukaran dan tidak berapa cemerlang dalam tournament terkini. Oleh itu, keputusan sukar perlu diambil dan ini adalah dengan ‘merehatkan’ Lasse ‘MATUMBAMAN’ Urpalainen.

Beliau sudah pun bersama Team Liquid sejak 2015 dan banyak membantu pasukan itu memenangi banyak kejohanan dan menawan Aegis of Champions. Namun, dalam musim Dota 2 Pro Circuit yang penuh cabaran menyaksikan skuad lain begitu kompetitif, mereka buat keputusan melepaskan Matu daripada roster. Beliau takkan meninggalkan skuad tapi menjadi pemain simpanana — dan dengan EPICENTER Major akan datang dalam amsa 10 hari lagi, Liquid pastinya ingin mencari pengganti secepat mungkin.

EPICENTER sentiasa menjadi kejohanan kemuncak bagi Team Liquid — dan sekarang perlu menghadapinya tanpa Matu pastinya sukar. Ketiadaan Matu juga bermakna Liquid kehilangan 20% dari jumlah mata DPC — sekarang berjumlah 2,820 dan menjadi 2,256 selepas ditolak tapi masih cukup untuk menyertai TI9.

Team Liquid kini mencari pemain posisi 1 / 2 dengan masa sangat singkat sebelum Major bermula. Pastinya sukar sebab perlu mencari keserasian dan mengenal pasti kekuatan pemain baru itu bersama skuad dianggotai 4 pemain ini.

Kepada Matumbaman, pastinya beliau mempunyai alasan tersendiri dan sesiapa pun yang memenangi Aegis of Champions seolah sudah melakar sejarah dalam karier Dota 2 mereka. Dan sekarang, beliau tak perlu membuktikan ‘sejarah’ mampu berulang tapi lebih kepada mengikut hala tuju hidup sendiri.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+