DOTA2: [RASMI] Pieliedie, CCnC Dan Bekas Pemain Forward Gaming Kini Bersama Newbee

Selepas menempuhi pelbagai dugaan kerana Forward Gaming ditutup, nasib Pieliedie, CcNC dan tiga lagi bekas pemain pasukan tersebut akhirnya terbela!

Mereka sah bermain untuk The International 9 di bawah skuad yang berpangkalan di China iaitu Newbee!

Menerusi posting akaun rasmi Newbee di Twitter mengatakan pihak mereka sudah pun mendapat hak milik ke atas bekas skuad Forward Gaming ini:

Bekas pemain Forward Gaming terdiri daripada abang Suma1l, Yawar, CCnC, Sneyking, MSS dan pieliedie.

Mereka juga akan disertai jurulatih, Aui_2000 dan mempunyai pengurus KBBQ.

Ini adalah berita baik kerana mereka kekurangan dana untuk set bootcamp dan pastinya organisasi ini akan membantu skuad baru ini mendapat tempat latihan, menanggung perbelanjaan ke luar negara dan sebagainya.

Bagaimanapun, Newbee mempunyai skuad mereka tersendiri yang dibarisi pemain China namun gagal untuk ke TI9 apabila tewas dalam pusingan kelayakan.

Artikel berkaitan: Forward Gaming ditutup

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+