DOTA2: Skuad Dianggotai 2 Anak Malaysia Layak Ke Starladder ImbaTV Minor

Dalam pusingan kelayakan Asia Tenggara ke Starladder ImbaTV Minor Dota 2 berlangsung sejak Khamis, Mineski berjaya membolot satu-satunya slot untuk ke kejohanan utama.

Mineski dianggotai oleh dua anak Malaysia, Lai Jay Son (Ahjit), Kam Boon Seng (Moon), Damien Chok (kpii dari Australia), dan dua pemain Filipina, Ryan Jay Qui (Bimbo) dan Michael Ross Jr (Ninjaboogie). 

Mereka berdepan Boom ID dan skuad dianggotai pemain Malaysia iaitu Power of MYSG+AU. Mineski berjaya memenangi kesemua set dengan skor 2-0 bagi setiap satunya.

Di atas kejayaan ini, mereka layak Kiev, Ukraine untuk bertanding merebut hadiah wang tunai terkumpul USD$300,000 (RM.125 juta) dan slot ke Epicenter Major. Juara dan naib juara akan diterbangkan ke Moscow, Rusia pada 22 Jun nanti.

TAGS

RELATED NEWS

+