Pasukan T1 melepaskan tiga pemain Dota 2 mereka meskipun sudah memasukkan jurulatih yang hebat.
Pada Oktober lalu, mereka memasukkan Karl “Karl” Jayme ke dalam roster sementara Park “March” Tae-won menjadi ketua jurulatih. Bagaimanapun, berita baik ini tak kekal lama apabila pengumuman dua pemain dan seorang jurulatih akan meninggalkan organisasi itu.
Dalam posting itu menulis yang T1 mengesahkan Pyo “MP” No-a, Tri “Jhocam” Kuncoro dan Muhammad “inYourdreaM” Rizky meninggalkan skuad itu dan berterima kasih kepada T1.
Difahamkan, T1 mengalami kesukaran bertanding dengan skuad lain dari Asia Tenggara dan mereka berulangkali menukar roster sepanjang tahun ini.
금일부로 T1 @DOTA2 에서 활동한 MP 코치, Jhocam 선수, inYourdreaM 선수와 계약을 종료하게 되었습니다. 지난 한 해 활약에 감사드립니다.
Today we part ways with MP, Jhocam, and inYourdreaM. We highly appreciate their contribution to the team and wish them all the best. pic.twitter.com/Khz2lljICd
— T1 (@T1) November 24, 2020
Sekarang T1 mempunyai ahli seramai tiga orang:
- Karl “Karl” Jayme
- Samson Solomon “Sam_H” Enojosa Hidalgo
- Wilson Koh “Poloson” Chin Wei
Buat masa ini, T1 tak mempunyai sebarang kejohanan akan disertai dalam masa terdekat dan mereka boleh rekrut pemain baru dalam waktu itu.
Sumber rujukan: VPEsports
Foto: DreamHack