DOTA2: Terima Kasih JerAx, Posisi 4 Terbaik Dunia Kini Bersara

Pemain profesional Dota 2, Jesse Vainikka, 28 atau JerAx akhirnya berhasrat untuk menceburi sesuatu yang baru sekali gus mengumumkan persaraannya dari dunia kompetitif permainan berkenaan.

Jejaka yang dikenali dengan posisi empat di skuad Eropah, OG itu sudah empat tahun bersama organisasi dan menyumbangkan beberapa pencapaian seperti menjadi pemain pertama di empat Major berturut-turut dan juara The International Dota 2 dua kali berturut-turut (2018-2019).

Di Twitter, OG mengeluarkan kenyataan JerAx dan antara intipati ucapannya ialah Dota 2 banyak mengajarnya tentang makna berusaha. Permainan itu begitu kompleks sehingga tiada siapa boleh menyelesaikan teka teki di dalamnya (dengan maksud lain, Dota 2 sentiasa berevolusi).

Dia juga berkata segala latihan, komitmen diberikan hampir membuatkan dia lupa siapa dirinya yang sebenar sehinggalah apabila mengambil keputusan ini.

Pemain OG, Ana juga turut mengumumkan dirinya berehat sebentar dan akan kembali pada musim baru DPC (2021) kelak. 

TAGS

RELATED NEWS

+