melaporkan jualan tiket untuk The International 2019 (kejohanan tahunan Dota 2) akan bermula tak lama lagi dan dijual berasingan untuk komuniti di China dan global."> melaporkan jualan tiket untuk The International 2019 (kejohanan tahunan Dota 2) akan bermula tak lama lagi dan dijual berasingan untuk komuniti di China dan global." /> melaporkan jualan tiket untuk The International 2019 (kejohanan tahunan Dota 2) akan bermula tak lama lagi dan dijual berasingan untuk komuniti di China dan global." />

DOTA2: Tiket Untuk The International 2019 Boleh Dibeli Bermula 24 Mei Ini

Sebelum ini kami melaporkan jualan tiket untuk The International 2019 (kejohanan tahunan Dota 2) akan bermula tak lama lagi dan dijual berasingan untuk komuniti di China dan global.

Hari ini, Valve mengumumkan tiket tersebut boleh didapatkan mulai 24 Mei (Jumaat) ini.

Tiket untuk peminat di China boleh dibeli menerusi Damai dan diluar China, ia akan dijual menerusi Universe. Untuk maklumat lanjut tentang tiket dan masa, korang boleh klik SINI

Kali ini, Valve memberi akses awal kepada pengguna Battle Pass dan Dota Plus. Dikatakan, organisasi ini menghargai sesiapa saja yang menyokong mereka, Dota 2 dan TI 9. Bagi korang yang nak beli langganan kedua-dua servis ini, akses awal itu hanya diberikan kepada mereka yang membeli sebelum pengumuman ini dikeluarkan.

The International 2019 akan mengambil tempat di Mercedez-Benz Arena di Shanghai dan berlangsung pada 20 Ogos hinggalah 25 Ogos.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+