Dragon Ball: The Breakers – permainan video survival Dragon Ball macam Dead by Daylight

Bandai Namco mengumumkan permainan video baharu Dragon Ball: The Breakers. Permainan video Dragon Ball kali ini adalah satu genre baru yang tidak disangka dibuat iaitu genre kelangsungan hidup atau survival.

Dalam erti kata lain, Dragon Ball: The Breakers boleh dikatakan sama seperti permainan video Dead by Daylight, Friday the 13th dan Evolve.

Sebagai mangsa, anda bersama enam rakan yang lain perlu melarikan diri atau menjadi peserta terakhir.

See the source image

Sebagai lawan, anda akan digelar The Raiders dan karakter yang anda boleh pilih ada Frieza, Cell atau Buu.

See the source image

Sebagai pemain yang melarikan diri anda akan mendapat pelbagai jenis gajet, senjata dan power up untuk membantu anda berlawan dengan The Raiders yang nyata lebih kuat.

Dragon Ball: The Breakers akan keluar tahun hadapan di Nintendo Switch, PlayStation 4, Windows PC, and Xbox One, dan juga dengan PlayStation 5 and Xbox Series X.

RELATED NEWS

+