sanggup memberi stafnya cuti untuk memainkan permainan itu pada hari pelancaran. Ia juga antara permainan yang paling ramai pra-tempah di Steam. Namun, bagi penstrim terkenal DrDisrespect, dia tidak meminati permainan ini atas beberapa sebab."> sanggup memberi stafnya cuti untuk memainkan permainan itu pada hari pelancaran. Ia juga antara permainan yang paling ramai pra-tempah di Steam. Namun, bagi penstrim terkenal DrDisrespect, dia tidak meminati permainan ini atas beberapa sebab." /> sanggup memberi stafnya cuti untuk memainkan permainan itu pada hari pelancaran. Ia juga antara permainan yang paling ramai pra-tempah di Steam. Namun, bagi penstrim terkenal DrDisrespect, dia tidak meminati permainan ini atas beberapa sebab." />

DrDisrespect tak minat Elden Ring, ini sebabnya

Elden Ring adalah salah satu permainan From Software yang amat terkenal sehinggakan syarikat di Jepun sanggup memberi stafnya cuti untuk memainkan permainan itu pada hari pelancaran. Ia juga antara permainan yang paling ramai pra-tempah di Steam. Namun, bagi penstrim terkenal DrDisrespect, dia tidak meminati permainan ini atas beberapa sebab.

Selepas bermain Elden Ring selama beberapa kali, DrDisrespect membuat keputusan bahawa permainan itu tidak sesuai untuknya, dan kesukaran bukan punca dia tidak meminati permainan.

“Saya tidak tahu apa yang perlu difikirkan mengenai permainan ini,” katanya.

“Adakah saya cukup berminat untuk duduk di sini selama berjam-jam pada satu-satu masa untuk memainkan permainan ini? Adakah reka bentuk permainan ini menarik perhatian saya untuk meneruskan dan berbuat demikian? Saya tidak tahu,” tambahnya.

Penstrim itu juga berkata bahawa permainan itu tidak cukup menarik baginya.

“Saya sudah menghabiskan dua hari penuh dalam permainan ini. Saya sudah maju. Saya faham sekarang. Saya faham apa yang saya sepatutnya lakukan. Adakah ia cukup menarik? Bagi saya, tidak,” jelasnya.

Walaupun Elden Ring adalah permainan yang betul-betul mencabar, nampaknya ini bukan masalah utama yang dihadapi oleh DrDisrespect.

Sumber rujukan: YouTube

RELATED NEWS

+