Dua pemain daripada Myammar sah sertai Team Lunatix

Baru-baru ini, Team Lunatix mengumumkan bahawa mereka mendapatkan khidmat dua pemain yang berasal daripada Myammar iaitu Zippy dan Kid.

Berita ini dikongsikan di laman Facebook pasukan itu.

Zippy merupakan bekas pemain Falcon Esports yang baharu sahaja dibubarkan pada Mei.

Dia akan menggantikan pemain Gold lane mereka iaitu Jowm yang meninggalkan pasukan itu selepas mendapat tawaran daripada pasukan Filipina.

Kid merupakan salah seorang pemain untuk pasukan legenda Myammar iaitu Burmese Ghoul yang menamatkan saingan di kejohanan dunia M2 sebagai naib juara.

Dia akan memberikan cabaran kepada Fakez di posisi Mid Lane.

Team Lunatix turut membawa masuk jurulatih daripada Myammar iaitu DJ yang melatih pasukan AI Esports sebagai ketua jurulatih.

Ini merupakan kumpulan pemain import pertama daripada Myammar datang bermain untuk pasukan Malaysia.

Semua ini bermula selepas pasukan gergasi Myammar iaitu Falcon Esports dibubarkan dan melepaskan semua pemain mereka.

RELATED NEWS

+