Dua tahun berturut-turut-League of Legends menang Permainan E-Sukan Terbaik di The Game Awards 2021

League of Legends sekali lagi membuktikan mereka boleh menjadi permainan video e-sukan terbaik untuk dua tahun berturut-turut.

Riot Games membuktikan dua permainan video terbesar mereka iaitu League of Legends dan Valorant juga tersenarai dalam senarai Permainan Video E-sukan Terbaik.

Image

Dalam senarai tersebut ialah Call of Duty, Counter-Strike Global Offensive, Dota2, League of Legends dan Valorant.

Tahun lepas League of Legends juga pernah menang besar di The Game Awards 2020.

League of Legends memenangi anugerah ini bukan satu kejutan kerana sokongan pemain dan peminat dari seluruh dunia membesarkan lagi komuniti League of Legends.

Riot Games kini dengan Valorant pula banyak menunjukkan mereka sudah menjadi satu organisasi besar permainan video di dunia.

Adakah Valorant bakal memenangi anugerah ini pula tahun hadapan?

RELATED NEWS

+