Manchester City lancar Man City FIFA 20 Cup, terbuka untuk Singapura sahaja

Manchester City hari ini mengumumkan Man City FIFA 20 Cup untuk peminat di Singapura, pertama kali untuk kelab tersebut.

Difahamkan, acara dalam talian PlayStation 4 ini akan berlangsung selama dua minggu (13-14 Jun dan 20-21 Jun) ini.

Pendaftaran hanya dibuka untuk warga Singapura saja. Untuk mendaftar, boleh layari laman web ESL Play ini.

Kelayakan akan bermula pada 13 Jun (Sabtu) di mana lapan pemain teratas akan bertanding di hari minggu seterusnya dalam pusingan kalah mati dan grand final. Ia akan bersiaran langsung di laman rasmi Facebook Manchester City.

Beberapa hadiah utama termasuklah merchandise dari kelab tersebut dan barangan PUMA serta hadiah wang tunai.

Pemain profesional FIFA Manchester City, Shellz juga akan menawarkan pemenang untuk bertanding bersamanya dalam perlawanan showmatch

Walaupun tidak diadakan di Malaysia, ini adalah satu usaha yang agak besar dari kelab bola sepak sebenar, menunjukkan mereka sudah mula menaruh minat terhadap e-sukan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+