EBLZ gagal memecahkan sumpahan mereka, tewas lagi di tangan Orange Esports 0-2

SDGR EBLZ harus melakukan sesuatu bagi menebus kekalahan mereka dan memecahkan sumpahan untuk mendapatkan kemenangan mereka yang pertama kali ini. Orange Esports juga tidak akan menyerah dengan mudah! Mereka akan memberikan persembahan terbaik mereka seperti sebelum ini.

PERLAWANAN PERTAMA

Orange Esports bermain dengan begitu berdisiplin, mereka bergerak secara berkumpulan dan rotasi yang dilakukan seringkali berjaya untuk menjatuhkan ahli pasukan EBLZ, mereka mendahului skor sebanyak 10-3 pada minit ke-6. EBLZ mengalami kesukaran untuk mencari momentum kembali, pasukan Orange terus snowball dan memberikan tekanan yang begitu tinggi kepada EBLZ.

Hayabusa sudah terlalu kuat ketika ini, beliau berjaya melengkapkan barang core yang diperlukan untuk memenangi perlawanan, EBLZ tidak mampu untuk bertahan kerana Kuz4 sering dilumpuhkan oleh pasukan Orange Esports, tidak membenarkan sang serigala itu mengganas di dalam perlawanan kali ini.

Gelaran MVP sudah pasti menjadi milik LinkEzaa, beliau farming dengan pantas dan terus melakukan rotasi untuk membantu pasukannya memenangi lane dan menjatuhkan turret. Skor 13-1 adalah salah satu kill tertinggi di dalam MPL MY musim kelapan ini.

PERLAWANAN KEDUA

Orange Esports sekali lagi menggunakan draft Alucard yang dimainkan oleh LinkEzaa, situasi yang sama berlaku sekali lagi apabila pasukan Orange Esports berjaya mengawal permainan, rotasi yang mereka lakukan memberikan ruang untuk mendapatkan turret. EBLZ kini bermain dengan berhati-hati ketika ini.

EBLZ mudah di wiped out pada minit ke-9, ternyata feathered air strike terlalu kuat untuk pasukan EBLZ hadapi, mereka menjadi panik dan keaadan mula menjadi kucar-kacir. Alucard sekali lagi menjadi hero yang memberikan damage tinggi di dalam pasukan Orange Esports. LinkEzaa membuktikan bahawa Alucard perlu di ban pihak lawan. Selain itu, Paquito juga harus diberikan perhatian, Iris mengekalkan dominasi di lane beliau menggunakan hero itu. Orange Esports berjaya mendapatkan kemenangan pada minit ke-11.

Gelaran MVP diberikan kepada Iris, beliau menggunakan Paquito dengan begitu baik sekali, memberikan tekanan dan mendapatkan kill pada minit awal permainan untuk memberikan ruang kepada Alucard untuk farm.

 

RELATED NEWS

+