EBLZ gagal sekali lagi untuk mendapatkan kemenangan pertama

Pasukan SMG bertemu EBLZ membuka tirai perlawanan pada hari ketiga minggu keempat. Adakah pasukan EBLZ mampu memecahkan sumpahan mereka kali ini? Mereka belum pernah mengecapi kemenangan setakat minggu ketiga.

Mampukah kehadiran Silo sebagai jurulatih mengubah nasib pasukan EBLZ? Kita bakal saksikan.

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan EBLZ bermain dengan lebih baik kali ini, mereka mengawal peta dan melakukan rotasi dengan begitu cekap. Perbezaan gold pada minit ke-8 sudah mencecah 3 ribu memihak kepada pasukan EBLZ. Manakala ahli pasukan SMG melakukan split pushing dan tidak bergerak dalam satu pasukan.

Pertarungan cukup baik pada minit ke-11 oleh pasukan EBLZ, sangat teratur dengan menumbangkan 4 ahli pasukan SMG. Mereka mengambil peluang itu untuk mendapatkan Lord yang pertama. Feathered air strike dari Sori sangat tepat mengenai pasukan SMG sangat memberikan tekanan dan mereka tidak mampu mempertahankan inhibitor turret, meninggalkan hanya 1 turret yang terselamat di bahagian atas.

Tiba di fasa late game, Sasa menjadi makin menjengkelkan dengan hero Alice yang digunakan beliau, berjaya menangkap Kuz4 dan backline pasukan EBLZ. SMG berjaya mendapatkan Luminous Lord pada minit ke-17 dan berjaya comeback untuk memenangi perlawanan pertama.

PERLAWANAN KEDUA

Pasukan SMG sekali lagi menggunakan Roger sebagai jungler mereka, mereka bermain dengan begitu agresif pada minit awal permainan untuk memberikan ruang kepada Loong untuk mendapatkan barang core beliau. 

EBLZ gagal untuk mendapatkan kawalan peta kembali dari pasukan SMG, mereka terus diasak pasukan SMG tanpa diberikan ruang untuk bernafas. Orange buff dan purple buff diambil pasukan SMG. Ling gagal memberikan impak yang besar di dalam perlawanan kedua ini. Walaubagaimanapun, pasukan EBLZ berjaya mencuri Luminous Lord pada minit ke-15 dari pasukan SMG. Mereka akhirnya berjaya menamatkan permainan pada minit ke-17.

RELATED NEWS

+