100 Thieves secara rasmi mengumumkan bahawa Hunter ‘BabyJ’ Schline dan Adam ‘ec1s’ Eccles tidak lagi bersama pasukan itu. Langkah ini agak memeranjatkan, kerana dua pemain baharu itu menyertai sebelum pelancaran VCT NA Challengers Stage 1, iaitu pada Januari bulan lalu.
Barisan pemain pasukan ini antara yang terbaik di ekosistem kompetitif VALORANT dengan Hiko, Asuna, Ethan serta BabyJ dan ec1s. Namun, prestasi mereka tidak mencerminkan barisan pemain yang mantap itu dalam pusingan pertama VALORANT Challengers Tour Stage 1. Selepas tewas menentang Cloud9 Blue yang berada di kedudukan teratas, mereka juga tumbang di tangan The Guard. Masa penyediaan yang singkat dikatakan olehnya menjadi faktor tewas.
Today, we have made the difficult decision to release @BxbyJ_ & @ec1s_, effective immediately, as we continue to build for the future.
We would like to thank Adam and Hunter for their contributions to #100T VALORANT and we wish them both the best moving forward. pic.twitter.com/Ixbu0VLF3c
— 100 Thieves Esports (@100T_Esports) February 21, 2022
Pembangun pasukan, Nadeshot, kecewa dengan prestasi itu dan meluahkan pendapatnya di Twitter.
That performance was absolutely unacceptable from us. Not much else to say, just can’t happen. Period.
— 100T Nadeshot (@Nadeshot) February 21, 2022
Pasukan itu akan bermain dengan Sean ‘bang’ Bezerra dan Noah ‘jcStani’ Smith dalam perlawanan akan datang mereka di NA VCT. Pasangan itu ditandatangani secara pinjaman daripada TSM dan Pioneers.
BabyJ dan ec1s pada asalnya mengisi peranan yang ditinggalkan oleh Nicholas ‘nitr0’ Cannella dan Joshua ‘steel’ Nissan. Nitr0 dan 100T saling berpisah supaya dia boleh kembali ke CS:GO dan Team Liquid, manakala organisasi itu menandatangani steel sejurus sebelum NA Last Chance Qualifier (LCQ) dijalankan sebelum melepaskannya.
Sumber rujukan: Dexerto