eFootball tukar nama, akan dilancarkan di PC dan dan konsol 30 September ini

Konami baru-baru ini mengumumkan penukaran nama sekali lagi dari eFootball kepada eFootball 2022.

Nama baru eFootball 2022 sudah diumumkan di akaun Twitter eFootball semalam.

EFootball 2022 akan dilancarkan pada 30 September ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

Setakat ini Konami memberitahu beberapa maklumat tentang eFootball dan mereka bakal membawa lebih dari 600 kelab berlesen serta mod baru dan juga pemain baru dari Standard ke Legendary.

Versi Mobile pula akan menggunakan sistem Unreal Engine dengan beberapa ciri dan pengalaman baru.

PES 2021 di versi mobile akan ditukarkan kepada eFootball dengan penambahbaik Unreal Engine.

Tidak lupa juga semua pelantar akan mendapat rentas platform untuk PC, konsol dan mobile.

Nantikan eFootball 30 September ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One,Xbox Series, iOS dan Android.

RELATED NEWS

+