El Clasico: BTR menang 2-1 ke atas EVOS Legends kali ini

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan kedua:

BIGETRON ALPHA

  • Kyy – Popol and Kupa
  • Rippo – Barats
  • Renbo – Beatrix
  • Matt – Lunox
  • Branz – Harley

EVOS LEGENDS

  • Rekt – Grock
  • Ferxiic – Claude
  • Wannn – Kagura
  • Antimage – Bendetta
  • Clover – Esmeralda

PERLAWANAN KEDUA

Rekt dan Ferxiic cuba mendapatkan orange buff milik BTR namun digagalkan oleh Renbo dan Kyy yang mengawal peta. Ferxiic dan Rekt menjadi korban akibat tindakan itu. Branz mengambil kesempatan itu mendapatkan turtle yang pertama tanpa sebarang gangguan dari Evos. Ferxiic sekali ditumbangkan oleh Matt ketika ingin mengambil ketam di bahagian bawah. Manakala, Rippo berjaya membunuh Antimage di bahagian atas, BTR bijak mengatur strategi mereka untuk mendapatkan kill di dalam peta.

Turtle kedua berjaya lagi diambil oleh Branz tanpa sebarang gangguan, BTR mengawal tempo permainan ketika ini, Evos Legends tidak berupaya untuk mengawal peta dan bermain di dalam tempo BTR. Ferxiic dilihat bermain dengan sangat pasif dan fokuskan pada farming. Pertarungan pada minit ke-9 memberikan kelebihan pada EVOS Legends selepas Ferxiic berjaya menumbangkan Rippo di bahagian tengah. Walau bagaimanapun, clutch yang dtonjolkan oleh Renbo berjaya membalas asakan itu dan BTR berjaya mendapatkan 4 kill.

Lord pertama berjaya diambil pasukan BTR dan mereka terus mengejar objektif untuk menghancurkan turret di bahagian dalam base pasukan Evos. Renbo yang sudah mendapatkan item core yang diperlukan sudah memberikan damage yang sangat tinggi dengan satu tembakan senapangnya. Evos Legends tidak mampu menahan serangan itu dan terpaksa berundur. BTR kemudiannya menang dengan mudah pada minit ke-12.

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan ketiga:

BIGETRON ALPHA

  • Kyy – Atlas
  • Rippo – Phoveus
  • Renbo – Benedetta
  • Matt – Lunox
  • Branz – Ling

EVOS LEGENDS

  • Rekt – Popol and Kupa
  • Ferxiic – X.Borg
  • Wannn – Cecillion
  • Antimage – Balmond
  • Clover – Ruby

PERLAWANAN KETIGA

Pertarungan dimulakan dengan pantas di perlawanan ketiga ini, first blood ke atas Rekt berjaya didapatkan oleh Renbo dengan bantuan Branz dan Kyy, Evos membalasnya dengan menumbangkan Renbo. Turtle pertama berjaya dibunuh oleh Ferxiic selepas pertarungan berlaku di kawasan turtle itu. Selang beberapa minit kemudian, Ferxiic sekali lagi berjaya mendapatkan turtle kedua selepas kesilapan BTR memaksa pertarungan berlaku yang tidak menguntungkan mereka.

Lord pertama berjaya diambil dengan mudah oleh pasukan BTR, hanya Rekt sahaja yang cuba menganggu mereka. BTR mengambil peluang itu untuk menyerang base Evos Legends namun ia mudah dipatahkan oleh Sang Macan Putih itu. Pertarungan di minit ke-13 menyaksikan Clover diserang oleh Kyy tetapi di counter kembali menggunakan ultimate menyebabkan Rippo terkorban di dalam pertarungan itu. Ia menyebabkan Evos boleh menarik nafas lega selepas BTR seringkali memberikan asakan kepada mereka.

Kyy bijak menggunakan fatal links untuk memerangkap Clover dan Antimage dan menyebabkan Evos kehilangan 2 orang ahli pada saat itu. Lord yang sudah di enhanced diambil dengan mudah oleh pasukan BTR tanpa sebarang tentangan dari Evos Legends. Hasil dari pushing bersama Lord hanya berjaya mendapatkan turret di bahagian bawah dalam base pasukan Evos.

Pertarungan terakhir pada minit ke-21 menyaksikan Evos Legends kehilangan 4 orang ahli pasukan mereka, meninggalkan Antimage sahaja unutk mempertahankan base. BTR kemudian merusuh masuk ke base Evos Legends dan Antimage yang tinggal keseorangan hanya mampu berserah dan memberikan kemenangan kepada pasukan BTR.

El Classico di antara juara musim ketujuh dan naib juara ini akhirnya berpihak pada BTR kali ini. Rippo sempat bercanda dengan taunt menyifatkan Evos Legends hanya seekor kucing dan bukan sebagai harimau putih yang sedang mengaum.

RELATED NEWS

+