El Clasico: EVOS Legends lebih berbisa dari RRQ Hoshi

Pertarungan El Clasico di antara EVOS Legends dan RRQ Hoshi sangat dinantikan oleh para peminat pasukan masing-masing. RRQ Hoshi mempunyai 3 piala MPL sementara EVOS Legends memegang 2 piala setakat ini.

Perlawanan pertama menyaksikan pasukan EVOS Legends membawa masuk Hayabusa untuk digunakan Ferxiic sementara RRQ Hoshi menggunakan Granger. 

Fasa minit awal permainan menyebelahi pasukan EVOS selepas Rekt berjaya memenangi lane beliau dan terus memberikan asakan kepada Sang Raja. 

Selain itu, rotasi yang dilakukan oleh LJ sangat berkesan dengan menggunakan ejector dan unstoppable force untuk menumbangkan ahli pasukan RRQ Hoshi.

LJ berjaya zoning Alberttt dari menolong pasukannya di fasa akhir permainan. Ini menyebabkan kesemua ahli pasukan Alberttt tumbang dan tidak dapat mempertahankan crystal dari dimusnahkan pasukan EVOS.

Seterusnya, RRQ Hoshi mempunyai momentum yang diperlukan di perlawanan kedua, Lancelot Alberttt memberikan tekanan yang begitu hebat sekali di minit awal permainan. Mereka berjaya mengawal peta dan mencuri buff milik EVOS Legends.

Namun begitu, keadaan tidak berpihak kepada pasukan RRQ Hoshi begitu lama. Mereka mula tewas selepas Rekt dan Wannn mendapatkan barang core mereka. Real World Manipulation yang digunakan oleh Wannn memberikan damage yang terlalu tinggi di dalam perlawanan.

Pasukan RRQ Hoshi tidak dapat menahan serangan demi serangan dikeluarkan pasukan EVOS Legends dan mereka tewas 0-2 di El Clasico kali ini.

RELATED NEWS

+