Emblem baru MLBB: Moonton jawab segala persoalan penting

Seperti yang diketahui ramai, sistem emblem di Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akan dirombak secara besar-besaran pada 27 Jun ini.

MyGameOn menemubual pembangun (developer) MLBB mengenai perubahan yang akan berlaku pada patch 1.7.94.

Menurutnya, Moonton menganggap bahawa sistem emblem yang lama terlalu menyusahkan untuk semua pemain.

Jadi mereka merombak semula sistem emblem untuk memudahkan semua pemain terutama sekali pemain baharu.

Bagi Moonton antara sebab mereka mahu merombak emblem ini disebabkan mereka mahu memberi fleksibiliti kepada pemain ketika bermain hero yang mempunyai banyak posisi.

“Granger merupakan seorang Marksman yang sering dimainkan di posisi Jungler. Namun, pemain perlu memilih di antara emblem Assassin ataupun Jungler untuk Granger,” tambah Moonton.

Kini mereka memberi kebebasan untuk memilih emblem yang pemain mahukan dan secara teorinya, Granger boleh dimainkan di semua posisi seperti EXP Lane, Mid Lane ataupun Roamer.

Moonton akhirnya menambah satu ciri yang di tunggu ramai iaitu penukaran emblem semasa fasa draft pick.

Kini pemain boleh menukar emblem selepas pemain memilih hero mereka di fasa draft pick sama seperti pemain profesional di server kejohanan (tournament server).

Mereka percaya bahawa sistem emblem ini akan lebih seimbang dan berharap tidak akan ada overpowered emblem dalam rombakan ini.

Apabila ditanyakan soalan mengenai jika Moonton akan menambah satu item dash yang boleh memudahkan hero dengan nyawa yang rendah untuk menjarakkan diri daripada hero-hero Assassin, Moonton tidak akan mencipta item itu.

Bagi Moonton, mereka mahu memudahkan permainan ini dan dengan penambahan item ini akan membuatkan MLBB lebih rumit untuk dimainkan.

Patch 1.7.94 akan tiba di pelayan rasmi pada 27 Jun ini.

RELATED NEWS

+