Steam Next Fest 2024 – Nantikan banyak demo permainan video!

Steam Next Fest akan bermula hari ini dan bakal dipenuhi dengan pelbagai jenis permainan video dari pelbagai jenis genre.

Ia adalah acara menyambut beberapa permainan video PC yang akan hadir ke Steam.

Banyak permainan video juga akan memberikan anda peluang bermain demo percuma dan sudah semestinya banyak permainan video indie yang akan datang.

Antara permainan video yang dinantikan adalah Pepper Grinder, Mullet Mad Jack, Bears in Space, Flock dan pelbagai lagi.

Tambahan lagi, bukan sahaja demo, Steam Next Fest juga akan bersiaran langsung dengan pembangun di sebalik permainan video yang ada termasuk sesi soal jawab.

Demo Steam Next Fest mana yang anda nantikan?

RELATED NEWS

+