Epic Games menangkis dakwaan kontroversi imej Kaabah di dalam Fortnite

Epic Games telah menangkis kontroversi mengenai imej Kaabah dengan kawasan Masjid Al-Haram di Mekah di dalam permainan Fortnite.

Ketegangan ini bermula apabila Pusat Antarabangsa untuk Fatwa Elektronik di Universiti Al-Azhar di Mesir telah memberi peringatan untuk lebih berhati-hati apabila bermain Fortnite.

Kenyataan ini dibuat di akaun Facebook Fortnite Timur Tengah.

“Kami dari Fortnite ingin menegaskan bahawa kami menghormati semua agama dan kerjasama pencipta Fornite untuk menyediakan pengalaman bermain yang selamat untuk semua orang.”

Mengikut terma dan syarat Fortnite, mempunyai peraturan mengenai ‘Save Environment’ atau persekitaraan permainan yang selamat.

“Pemain tidak dibenarkan menyebarkan kandungan haram termasuk gangguan, buli, serangan, perjudian, penyebaran dadah, penipuan penggodaman dan cetak rompak. Fortnite juga tidak membenarkan kandungan yang boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan kepada pihak lain.”

Fortnite juga tidak akan mendiskriminasi sebarang kaum, tempat kelahiran, warna kulit, agama, jantina, orientasi seksual, warganegara atau sebarang kumpulan.

Beberapa hari lepas telah tular beberapa gambar mengenai beberapa video dan gambar Kaabah di dalam Fortnite.

Walaupun Fortnite memberi penjelasan bahawa ini adalah penyalahgunaan ‘Island’ iaitu mod kreatif Fortnite.

Hal ini sedikit sebanyak dapat meredakan situasi yang kononnya Fortnite sendiri yang membina struktur Kaabah tersebut.

Namun imej tersebut berjaya mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Islam.

Pemain yang membuat struktur ini sepatutnya diharamkan dari permainan Fortnite ataupun dikenakan tindakan kerana boleh berlaku niat yang tidak baik untuk menyebarkan kebencian terhadap agama lain.

RELATED NEWS

+