EVOS Legends hampir gagal ke playoffs, kini di ambang penyingkiran

Pasukan Mobile Legends Indonesia yang bertanding di liga profesional (MPL) ID musim kesepuluh, EVOS Legends kini berada di ambang yang getir selepas tewas lawan ONIC Esports 1-2, semalam.

Ini menjadikan rekod mereka kini adalah lima kali lose streak.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Mereka kini di kedudukan ketujuh dengan mata agregat -1 sementara Rebelion Zion berjaya mengejar dengan mata agregat -2 saja.

Zion adalah pasukan yang tak pernah tewas lawan RRQ Hoshi sejak awal liga.

Di minggu kelapan, EVOS Legends dan Zion mempunyai dua perlawanan. Jika EVOS Legends tewas kedua-dua perlawanan dan Zion memenangi hanya satu perlawanan dengan 2-0, maka EVOS Legends akan gagal ke playoffs buat pertama kalinya dalam sejarah MPL Indonesia.

EVOS Legends mengambil pemain MDL dan mereka menurunkan pemain asal seperti Ferxiic ke MDL. Branz juga tidak menyertai lineup MPL kali ini.

RELATED NEWS

+