EVOS Legends kini mendedahkan barisan pemain mereka untuk musim ke-9

MPL ID musim ke-9 akan tiba pada 18 Februari ini. Ramai peminat yang tertunggu-tunggu bilakah EVOS Legends akan mendedahkan barisan pemain mereka untuk musim kali ini.

Kini, penantian itu sudah berakhir. Mereka baru sahaja mengumumkan barisan pemain baru untuk musim ke-9 di laman youtube EVOS TV.

Terdapat muka-muka baru yang akan bermain di musim ke-9. Sebelum ini, Wannn dan LJ turun ke MDL. Menurut Wannn, dia tidak mempunyai kemahiran yang setaraf di dalam MPL sekarang ini.

Mampukah EVOS Legends mendominasi musim ke-9 seperti kita lihat di musim ketujuh? Sama-sama kita nantikan.

Foto: @emak_moba

Sumber: EVOS TV

RELATED NEWS

+