EVOS Legends mencari bakat baru MLBB

EVOS Legends gagal ke Kejohanan Dunia M3 selepas ditewaskan oleh ONIC Esports dengan skor 2-3. Ramai peminat menantikan juara dunia M1 ini untuk bangkit kembali di musim seterusnya.

Jurulatih EVOS Legends iaitu Zeys kini mengumumkan bahawa pasukan itu akan melaksanakan percubaan terbuka kepada umum untuk divisi Mobile Legends mereka.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi Zeys sendiri. Syarat-syarat untuk menyertai percubaan terbuka itu adalah mempunyai ranking 2,500 point Mythic Rank ke atas dan juga berusia 16 tahun.

Selain itu, peserta perlu mempunyai kemahiran untuk bermain 3 peranan iaitu jungler, marksman dan juga fighter. Akhir sekali, peserta perlu bersedia untuk ditempatkan di Jakarta, tarikh akhir permohonan adalah pada 5 Disember ini.

Adakah pengumuman ini akan mengubah nasib EVOS Legends untuk musim seterusnya? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+