EVOS Phoenix juara Siri Dunia Free Fire (FFWS) 2022 Bangkok

Selepas dua hari bertarung, akhirnya EVOS Phoenix dari Thailand bergelar juara Siri Dunia Free Fire (FFWS) 2022 di Bangkok, Thailand.

Phoenix yang juara pernah menjadi juara dunia memenangi sebahagian besar dari hadiah wang tunai terkumpul AS$2 juta dan piala dengan meraih 54 pembunuhan dan dua Booyah. Mereka mengakhiri pertandingan dengan 117 mata.

Ini adalah kemenangan tipis kerana skuad Brazil, Vivo Keyd di tempat kedua dengan 114 mata manakala Nigma Galaxy dari Thailand dengan 97 mata di tempat ketiga.

Kemenangan mereka ini adalah yang ketiga berturut-turut untuk Thailand yang mana kejuaraan sebelum ini dimenangi di Singapura.

Bagi MVP pula, ia diberikan kepada Moshi dengan 17 mata bunuh dan empat assists.

 

RELATED NEWS

+