IShowSpeed berbelanja $46 Dollar untuk karakter ‘siuuu’ dalam Free Fire

Penstrim permainan video, Darren Watkins Jr. (IShowSpeed) sanggup berbelanja AS$46 Dollar untuk individu kegemarannnya, Cristiano Ronaldo.

Pada semalam, dia dipengaruh oleh penontonnya untuk bermain Free Fire selepas empat jam strim tersebut berlalu.

IShowSpeed menyahut cabaran itu dan sempat menghabiskan satu perlawanan serta mencatatkan 19 penyingkiran.

Dia juga sempat disuruh untuk membeli karakter yang diilhamkan pemain bola sepak profesional, Cristiano Ronaldo iaitu Chrono dan tanpa menunggu lama dia membuat pembelian Diamonds sebanyak 5,600 bersamaan RM195.87.

Keterujaan itu dapat dilihat selepas pembelian itu berjaya namun tidak begitu gembira selepas mendapat tahu yang emotes Chrono tidak tersedia dalam pembelian.

Chrono adalah salah satu karakter yang diwujudkan dalam permainan Free Fire oleh kolaborasi dengan pempengaruh terkenal, Cristiano Ronaldo. Karakter itu mampu mewujudkan medan daya penghalang berbentuk sfera yang akan menahan 800 mata kerosakan dan bertahan selama enam saat.

RELATED NEWS

+