Expand juara liga MCPS S4, AV Radicals berpuas hati di Top 2

Perebutan kejuaraan Kejohanan Major MCPS musim keempat sudah terjawab apabila pasukan tempatan, Expand berjaya menyentak ego AV Radicals selepas memintas ke posisi pertama pada hujung minggu keempat.

Pasukan Expand menjadi pasukan pertama yang mencecah 600 mata, iaitu 610 mata keseluruhan dan mengutip 325 mata singkir sepanjang aksi liga.

AV Radicals seakan-akan hilang arah pada minggu keempat kerana hanya mampu memperoleh 127 mata pada minggu keempat, seterusnya ditolak ke posisi kedua.

Walau bagaimanapun, persaingan tempat ketiga tampak sukar apabila Farang bergelut dengan pergerakan koordinasi permainan yang lebih mudah dibaca dan beberapa kali pulang lebih awal pada pusingan kumpulan B menentang C.

Blacklist International menepati ramalan apabila tidak mempunyai sebarang masalah mempertahankan posisi ketiga keseluruhan dengan pungutan 488 mata keseluruhan dan 253 penyingkiran.

Todak dan SEM9 pula membuat kejutan apabila melakukan kebangkitan luar biasa kembali ke muka surat pertama carta keseluruhan. 

 

Berikut adalah pasukan yang sudah layak ke Grand Final Kejohanan Majors MCPS musim keempat.

  • Expand (MY)
  • AV Radicals (PH)
  • Blacklist International (MY)
  • Farang Esports (MY)
  • Axis Esports (MY) 
  • Todak (MY)
  • SEM9 (MY)
  • Geek Fam (MY)
  • HardToGet (PH)
  • SAF (PH)
  • Pando EWG (MY)
  • Anxiety (PH)

Grand Final Kejohanan Majors MCPS musim keempat bakal berlangsung pada 8 Oktober dan 9 Oktober ini. Sebanyak 12 pasukan bakal berentap bagi merebut hadiah wang terkumpul RM313,000 (AS$70,000).

Peringkat Grand Final juga akan bersiaran secara langsung di Facebook dan Youtube Garena Free Fire Malaysia bermula jam 1 Petang.

RELATED NEWS

+