fabFabulous, legenda LoL, kini agen bebas

Selepas 9 tahun kariernya sebagai pemain profesional League of Legends, fabFabulous atau Asım Demir mengumumkan bahawa dia tidak akan bermain bagi musim 2022. 

FabFab melalui ciapannya di Twitter mengumumkan di dalam Bahasa Turki bahawa “saya tidak akan bermain tahun ini, jumpa di strim”, dan telah mengejutkan para peminatnya di media sosial.

 

FabFab bukanlah legenda LoL pertama yang mengumumkan tidak ada pasukan bagi musim 2022. 

Sebelum ini, Mihael “Mikyx” Mehle dan Nicholaj “Jensen” Jensen juga mengumumkan mereka tidak akan berada di pentas profesional bagi musim 2022. 

Sumber: Upcomer.

RELATED NEWS

+