Mikyx, bekas support G2 tidak ada pasukan untuk LEC 2022

Mikyx, bekas pemain support League of Legends untuk pasukan G2, baru-baru ini menyatakan dirinya tiada pasukan untuk LEC musim 2022.

Mihael Mehle menyatakan dia tidak akan bertanding untuk Spring Split 2022 berikutan ketiadaan pasukan. Tetapi dia juga menambah akan lebih kerap streaming.

Ciapan Mikyx itu mendapat perhatian daripada CEO G2, Carlos ‘Ocelote’ Rodriguez.

“Kami sudah merendahkan harga [kontrak pertukaran] tiga minggu lalu kepada €250,000 (RM1,193,956) tetapi tidak temui apa-apa,” ciap Ocelote.

“Kami berharap akan temui sesuatu yang baik untuknya untuk Summer Split,” tambahnya.

Namun, balasan Ocelote itu memperlihatkan sedikit ketegangan antara Mikyx dan pihak pengurusan G2 berikutan perubahan kontraknya semasa offseason.

Pengguguran Mikyx ini selepas organisasi itu mahu membina semula barisan roster untuk menghadapi musim 2022, berikutan prestasi yang kurang memberansangkan sepanjang 2021. 

Selain Mikyx, dua lagi pemain digugurkan daripada barisan roster League of Legends G2 untuk musim 2022.

Sumber: Dexerto.

RELATED NEWS

+