Riot Games baru-baru ini memperkenalkan Fade sebagai Agent baru untuk Valorant.
Fade seakan-akan mempunyai kuasa untuk mengetahui dimana musuh berada.
Karakter ini akan hadir bersama-sama kemaskini terbaru Valorant iaitu Episod 4 Act 3 yang akan di keluarkan minggu hadapan.
Agent baru ini banyak memberi fokus untuk mengetahui dimana musuh berada dan membuatkan musuh blind dan juga menempatkan musuh di satu tempat tanpa boleh bergerak.
Salah satu skill Fade adalah menggunakan bola bayang untuk menutup penglihatan musuh dan membuat satu bulatan kecil di tanah untuk menghalang musuh dari bergerak.
Fade juga mempunyai satu kuasa recon untuk mencari pemain lain di peta dan Ultimatenya berfungsi untuk satu kawasan besar dalam peta.
Nantikan Fade akan datang ke VALORANT tidak lama lagi.