Falcon Esports, ‘underdog’ di MSC 2022?

Pasukan Myanmar, Falcon Esports menunjukkan prestasi yang cemerlang di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 yang berlangsung sejak Sabtu lalu.

Mereka bermain dengan agak baik di peringkat kumpulan, menyamakan kedudukan dengan pasukan tanah air, Todak 1-1.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Mereka juga mengharungi pusingan menentang ONIC Esports dengan skor 2-0, sekaligus mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, ONIC Esports adalah pasukan yang hebat di MPL Indonesia dan pernah beberapa kali mengejutkan komuniti MLBB dengan gameplay mereka.

Selepas menyingkirkan ONIC Esports, Falcon bagaimanapun berdepan satu cabaran paling hebat apabila digandingkan bersama RSG PH di peringkat playoffs. Cabaran ini terpaksa diambil dengan hati terbuka dan mereka akur dengan pertarungan sengit 1-2 ke atas juara MPL Filipina musim kesembilan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Langit tidak selalu cerah dan Falcon Esports menyedari hakikat ini apabila turun ke lower bracket. Bagaimanapun, mereka menunjukkan Myanmar masih gah dan layak berentap di MSC 2022 dengan menewaskan skuad RSG SG, 3-0 pula.

Kemenangan hari ini amat bermakna untuk mereka mara ke peringkat seterusnya. Perjalanan belum berakhir, mampukah Falcon Esports meneruskan perjuangan mereka?

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+