Far Cry 5 Adalah Game Terlaris Daripada Ubisoft

Apabila Far Cry 5 dilancarkan di PS4, Xbox One dan PC pada 2018, ia mendapat reviu yang pelbagai dan dihambur kontroversi.

Macam manapun, Ubisoft mendedahkan Far Cry 5 adalah permainan buatannya yang paling laris dalam generasi ini. Ia terjual melebihi salinan Rainbow Six Siege, Watch Dogs atau mana-mana permainan video Assassin’s Creed.

Ia adalah satu pencapaian membanggakan memandangkan game ini bukanlah yang terbaik dalam sirinya.

Ubisoft bagaimanapun tak dedah berapa unit jualan dari Far Cry 5.

Ramai yang tak menyukai Far Cry 5 jika dibandingkan dengan keluaran terdahulu seperti nombor 4 dan 3 tapi ada juga mengatakan keluaran terbaru ini lebih ‘gila’ dengan aksi merbahaya dan storyline yang agak seram dan misteri.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+