FFWS: Ramalan dropspot Play-Ins menjelang Siri Dunia Free Fire Bangkok

Berbaki dua hari sebelum peringkat Play-Ins Siri Dunia Free Fire Bangkok 2022, penggiat e-sukan Free Fire semakin merasai bahang kejohanan berprestij itu.

Beberapa pempengaruh dari region masing-masing sedang giat membuat andaian dan analisis berkaitan situasi yang bakal berlaku di Siri Dunia kali ini. Berikut adalah ramalan MyGameOn mengenai dropspot yang dijangka dilakukan oleh pasukan di Play-Ins FFWS:

BERMUDA

Edisi kali ini hanya sembilan pasukan yang bakal bersaing di peringkat Play-Ins kerana ketiadaan dua liga utama e-sukan Free Fire seperti Russia dan India.

Namun, perkara ini tidak menjadi masalah kepada pasukan yang berentap dan disifatkan peluang ke peringkat Final lebih cerah kerana empat pasukan teratas akan mengisi slot ini pada 26 November.

Suku kedua peta Bermuda tampak padat dengan keberadaan dua pasukan tumpuan iaitu RRQ Kazu dan bekas juara dunia, Evos Phoenix. Hal itu menyebabkan koordinasi kedua-dua pasukan ini mungkin akan berubah, tetapi tidak menolak perseteruan yang bakal berlaku di bahagian Factory mahupun bukit Pochinok.

Wakil Malaysia, Expand selesa di kawasan Peak tanpa ancaman awal.  Gerakan agresif pasukan itu diramal memberikan masalah buat pasukan yang bertandang di kawasan tersebut.

KALAHARI

Zon pendaratan di peta Kalahari kelihatan seimbang menerusi data yang diperoleh melalui liga rantau masing-masing. 

LGDS, iaitu wakil Taiwan seperti kebiasaan akan memilih zon biru untuk kawasan looting yang mungkin tertumpu ke Confinement, Foundation atau Bayfront.

Kawasan merah, Command Post akan menjadi medan adu mekanisme di antara Expand dan Evos Phoenix yang mempunyai peratusan tertinggi akan memilih drop zone itu.

PURGATORY

Brasilia menjangkakan dua pasukan tumpuan, sekiranya pertempuran antara Expand dan RRQ Kazu ini berlaku ia mungkin menjanjikan aksi yang menarik kerana kemampuan masing-masing yang sukar disngkal lagi. 

RRQ Kazu lebih sinonim dengan pergerakan berpasukan dan percaturan oleh kapten pasukan itu, Legaelothh manakala Expand lebih cocok dengan kemampuan permainan individu dan sokongan yang tepat pada masanya.

ALPINE

Pertempuran awal dijangka berhampiran kawasan Snowfall yang tertumpu ke arah pasukan Evos Phoenix dan wakil Vietnam, Team Flash. Kecenderungan dalam peperangan awal membuatkan Team Flash tidak gentar akan sebarang ancaman.

Walau bagaimanapun, Evos Phoenix mempunyai alternatif lain yang sering dilakukan iaitu koordinasi pergerakan pantas menggunakan launch pad ke arah Garrison.

Antara sembilan pasukan yang bakal berentap adalah:

  1. Expand (MCPS)
  2. Team Flash (Vietnam)
  3. Evos Phoenix (Thailand)
  4. RRQ Kazu (Indonesia)
  5. Magic Squad (Brazil)
  6. Naguara Team (LATAM)
  7. Infinity VX (MENA)
  8. LGDS (Taiwan)
  9. Team Hotshot (Pakistan)

Siri Dunia Free Fire bakal berlangsung pada 25 November dan 26 November ini yang akan bertempat di Bangkok, Thailand. 17 pasukan bakal bertanding merebut hadiah wang terkumpul sebanyak AS$1.78 Juta (RM 8.14 Juta). 

Aksi kejohanan boleh disaksikan di platform Facebook, Youtube dan Tiktok Free Fire Malaysia jam 10PM (GMT+8) pada 25 November dan 26 November ini.

RELATED NEWS

+